Sunday, April 4, 2010

FITNAH

Tahukah anda apakah yang dimaksudkan 'fitnah'....? ..dari saya yang kerdil ini
berpendapat ianya berkaitan dengan satu berita atau cerita dari seseorang yang
busuk hati melihat kelebihan orang lain yang mana cerita atau berita itu adalah
palsu semata-mata dan ianya mempunyai tujuan yang jahat serta busuk lagi
membusukkan.. samada untuk menjatuhkan maruah individu atau image sesebuah
organisasi ataupun sesebuah
negeri mahupun negara seterusnya bangsa dan agama. ..dari pengetahuan yang
cetek ini, dapat saya rumuskan bahawa orang-orang yang mempunyai kepentingan
tersirat sahaja yang cuba menabur fitnah untuk menutup kelemahan diri
sendiri......... ..di sini ingin saya bertanya kepada anda semua.. apakah kita
selama ini mempunyai kepentingan sekiranya kita dicap sebagai 'pembuat
fitnah'... adakah dengan jatuh kerajaan sekarang maka kita sebagai rakyat biasa
akan dapat kontrak atau tender untuk suku-sakat atau kroni kita.. bagi saya
TIDAK..

Tetapi mengapa kita mengambil tindakan sebegini ...saya bertanggapan bahawa
tidak ada mana-mana saluran yang sudi 'mendengar'pandangan kita yang tidak
berkiblatkan kepada kerajaan.... bukan bermakna kita bencikan kerajaan tetapi
kurang senang dengan cara pemimpinnya 'melayani' kita selama ini.. seolah-olah
negara kita kini bapa mereka yang punya... hasil dan harta boleh diwarisi
sewenang-wenangnya.... APAKAH KITA KOLOT... TAK EDUCATED LANGSUNG... adakah kita
menganggap bahawa tanpa mereka (UMNO)maka malaysia akan mundur.... adakah semua
kakitangan kerajaan akan meletak jawatan sekiranya kerajaan sekarang TUMBANG..
pemimpin hanyalah membuat dasar tetapi para ahli ekonomi serta cerdik pandai
yang bersusah payah untuk memajukan negara kita... .percayalah TANPA UMNO,
malaysia pasti lebih berjaya.... .......... berbalik kepada isu fitnah itu
tadi..sebagai contoh samada anda masih ingat atau sengaja dilupakan.....
bagaimana PM menuduh atau membuat FITNAH dengan menyatakan mata DSAI !
yang tercedera adalah disebabkan perbuatannya sendiri untuk menagih simpati
rakyat.... tetapi selepas suruhan diraja menyiasat walaupun ada yang sangsi,
mendapati bahawa 'orang kuat 'PDRM yang punya angkara.... mana asasnya tuduhan
PM ...

1)DSAI dituduh melanggan pelacur.... kenapa digugurkan tuduhan itu kalau ianya
bukan fitnah.

2)DSAI dituduh liwat, kuat seks dan seumpama dengannya.... kenapa last minute
gugurkan kes ini

3) DATO' ISHAK BAHAROM (bekas mufti)..... kenapa ia difitnah bahawa kontraknya
tidak disambung walhal kontraknya baru sahaja disambung pada ketika itu..bukan
kerana kerajaan membela ratu cantik mereka...

4)USTAZ KAMAL ASHAARI... ..kenapa menamatkan perkhidmatannya.... adakah kerana
kes mayat menjadi khinzir atau babi (istilah sekarang..nak
hapuskan image DSAI) ATAUPUN pembongkarannya tentang kegagalan kerajaan
menanggani kes MURTAD.. ...kalau saya list down FITNAH-FITNAH umno tentulah
mengambil masa..banyakkkkk tapi sekadar mengingati bahawa fitnah mereka amat
dahsyat...MEDIA ELEKTRONIK DAN MEDIA CETAK diperkudakan.....mana ada saluran
kita.....HARAKAH..itupun sudah berapa kali DATO' HISHAMUDIN YAHYA dipanggil ke
KDN untuk diberi 'katadua'......

.........kalaulah semua menganggap bahawa laman 'Sedarlah' pun sebagai saluran
fitnah... tak tahulah saya apa yang terjadi kepada pemikiran (otak) mahupun
negara kita.... ataupun kes-kes yang saya sebutkan tadi terkena kepada kita
ataupun saudara kita..barulah kita bangun memberontak sekiranya undang-undang
yang ada tak dapat melindungi kita sebagai contoh Sekiranya adik ataupun isteri
kita dilarikan untuk dijadikan gundik mereka dan dibicarakan secara tidak adil
disebabkan orang itu adalah orang yang rapat dengan pemimpin umno,ia
dibebaskan.... apa reaksi anda....tentunya anda juga akan membelakangkan
undang-undang ini untuk mendapatkan 'hak' anda........ataupun anda akan
berkata.. biarkan.. biarkan...kita tidak ada kuasa.....

....MEMANGLAH kita sedari ada segelintir pelanggan Sedarlah yang merupakan mush
dalam selimut yang mengambil kesempatan untuk memecahbelahkan apa yang terjalin
selama ini.....tetapi kenapa kita mudah dipengaruhi........mana semangat kental
anda.....mana semangat jihad anda.....

......KEPADA 'SEDARLAH' sesungguhnya kita telah dapat membezakan antara musuh,
sahabat kedai kopi ataupun sahabat sejati sepertimana yang ditunjukkan oleh para
sahabat Rasullah saw....berwaspadalah....... RENUNGKANLAH sekira ada kebaikan
ianya untuk kebaikan bersama..dan sekiranya ada keburukan itulah adalah
kelemahan saya semata-mata....sesungguhlah ALLAH suka kepada kebaikan ....sebab
itu sekira ada kebaikan ianya datang dari ALLAH tetapi kesalahan itu datangnya
dari saya yang perlukan nasihat dati anda.

wassalam..idamkan negara ISLAM....bukan negara rakyat islam...

No comments: